Monday, January 5, 2009



Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Nama tempat terpanjang di dunia berada di
'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.