Monday, November 17, 2008


Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Kucing boleh mengeluarkan lebih dari seratus bunyi, manakala anjing pula hanya boleh mengeluarkan sepuluh.

Suhu di permukaan matahari ialah 6,000ºC manakala di dalamnya, ia meningkat sehingga 12,000,000ºC.

Bagaimana unta dapat melindungi matanya di kawasan padang pasir? Ini kerana unta mempunyai tiga lapisan kelopak mata.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.Pertama,yang belajar daripada kesilapan sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula,yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain;mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu,iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.


Jarak antara bumi dengan matahari ialah 150 juta kilometer. Jika anda memandu kereta dengan kelajuan purata 96 kilometer sejam,ia akan mengambil masa 177 tahun untuk sampai.


Menghidu bau buah-buahan seperti pisang atau epal hijau boleh membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan. Jika tidak percaya, cubalah!

Lohong semulajadi yang terletak di Kaveri,daerah Deewaa,Madhya Pradesh,India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter.Lubang semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka,sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat,ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter padu sesaat.

Sembilan puluh peratus daripada pembaca info ini tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Kejadian fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui kemusykilan minda mereka.

Negara terakhir yang menerima kemudahan telefon ialah di Bhutan yang terletak di Banjaran Himalaya.Negara tersebut langsung tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar sehinggalah pada tahun 1981.

Perkataan nilon dieja sebagai nylon dalam bahasa Inggeris.Perkataan nylon berasal daripada singkatan nama dua buah bandar iaitu dan New York dan London,kerana nilon mula-mula dijumpai di kedua-dua bandar tersebut.

Cacing gergasi Australia merupakan cacing terpanjang di dunia.Ia boleh membesar sehingga dua meter

Walaupun terdapat 207 buah negara di dunia ini,tetapi hanya empat buah negara sahaja bermula dengan abjad 'D' iaitu Denmark,Dominica,Djibouti,dan Republic Dominica.

Olympus Mons merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem suria.Ia terletak di planet Marikh

Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus. Planet tersebut mendapat nama berdasarkan salah satu watak dalam drama Shakespeare

Sunday, November 16, 2008


Pergi ke cermin sekarang dan perhatikan hidung anda.Adakah hidung anda lurus,atau bengkok sedikit?Kalau bengkok,baguslah sebab pada zaman Rom purba,seseorang yang dilahirkan dengan hidung bengkok dipercayai bakal menjadi pemimpin.

Molekul lemak yang terdapat di dalam susu kambing adalah lima kali lebih kecil berbanding di dalam susu lembu.Satu lagi fakta,susu kambing hanya mengambil masa 20 minit untuk dihadamkan,berbanding susu lembu,sejam

Walaupun ramai yang mengelarnya sebagai manusia paling kejam di muka bumi kerana telah membunuh jutaan nyawa semasa Perang Dunia Kedua dahulu,pemerintah Jerman,Adolf Hitler sebenarnya manusia yang takutkan ruang sempit (clautrophobic).Oleh sebab itu,lif yang membawa Hitler ke markas Eagle's di kawasan Pergunungan Alps diperbuat daripada cermin supaya dia akan sentiasa berasa dirinya berada di tempat yang luas dan terbuka.

Marie Curie,saintis yang menjumpai radium,mengkaji tentang radiasi dan memenangi Hadiah Nobel pada 1903 dan 1911, meninggal pada 4 Julai 1934 akibat keracunan radium.

Lagu kanak-kanak Twinkle Twinkle Little Star ditulis oleh Mozart semasa beliauberumur lima yahun.Nama sebenar Mozart ialah Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart.

Sut putih yang dipakai oleh John Travolta dalam filem Saturday night Fever telah dilelong dengan harga RM475,275 manakala selipar merah Judy Garland pula, RM538,972.Sementara itu,topi dan tongkat Charlie Chaplin telah mendapat lelongan paling tinggi iaitu RM690.864,mengatasi jaket Elvis Presley (RM195,010) dan cermin mata John Lennon (RM84,520).

Manusia adalah satu-satunya primat (mamalia peringkat tertinggi) yang tidak mempunyai pigmen
pada telapak tangan.

Air panas lebih berat berbanding air sejuk.Kalau tidak percaya, cuba timbang.

Jika anda terlihat buih-buih kecil keluar dari dasar kolam atau tasik,buih-buih itu mungkin sekali
gas metana.Ini keranaGas metana terhasil daripada reputan tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang mati dan terperangkap di dalam lumpur.

Sarapan pagi dengan bijirin telah diperkenalkan oleh Dr.John Henry Kellogg dan adiknya Will Keith
Kellogg pada penghujung abad ke-19.Tentu anda biasa dengar Kellogg Corn Flake, kan?